Thursday, January 10, 2013

hari besar saye !

Assalamualaikum w.b.t...


Alhamdulillah hari ni genap 24 tahun saya bernafas di bumi Allah ni. Berjuta kali sayang kat mak dan arwah ayah yang membesarkan saya. Terima kasih abang kakak dan adik-adik yang tak lupa wish selamat kat saya. Jauh di mata tapi dekat di hati. Terima kasih kawan-kawan yang wish selamat dan ada juga yang hadiahkan benda-benda comel kat atas. Simple tapi sangat bermakna. Sangat-sangat appreciate. Sobbss..

Dalam gembira-gembira, terselit juga rasa sedih. Mr S buat endah tak endah je perasaan saya. Memang normal perempuan sukakan kejutan. Kejutan yang menggembirakan. Bukan selalu meminta, cuma ketika satu tarikh yang bermakna dalam hidup mereka. Bukan meminta sesuatu yang di luar kemampuan. Cuma mahukan dia lebih romantis. Memang saya banyak terpengaruh dengan drama-drama romantik, tak kira melayu atau korea. Dan juga novel-novel jiwang melayu. Tapi itu semua bukan di luar kemampuan dia. Bukan perlukan wang ringgit. Cuma perlu selami lagi hati kita sebagai seorang perempuan yang punyai jiwa yang halus dan lembut. (Okeh..melalut jiwang ni)

Tapi Mr S selalu berdolak dalih. Alasan dia, dia tidak ikhlas kalau buat sesuatu bukan diri dia. Dia harapkan saya berubah, tapi dia sendiri bermacam alasan untuk berubah. Memang dia sayangkan saya dan saya pun sayangkan dia. Tapi kadang-kadang saya rasa dia terlalu kebudakan. Semua benda nak dibuat bergurau. Tak salah nak bergurau, tapi biar kena pada cara, masa dan tempatnya. Kita dalam keadaan mood serius (bukan buat muka serius garang-garang tahu), si dia perlulah lebih serius tangani perasaan kita. Bukan dibuat main-main atau bergurau. Hmmm..perempuan hanya nak diberi lebih perhatian dan selami hati dia dalam-dalam. Bukan setakat tengok dan dengar apa yang mereka cakap. Tapi lelaki tidak pernah tahu atau saja buat-buat tak tahu hal ini. 

Okeh. Saya harap dia sedar dan berubah. Belum terlambat.

Tuesday, January 8, 2013

i'm mrs S !

Assalamualaikum w.b.t..


Muka bahagia. <3


Alhamdulillah. Semua sudah okeh ! Sekarang saya dah dapat balik Mr S saya. Dah nak dekat setahun kami berdua. Saya harap kami berkekalan hingga hujung nyawa. InsyaAllah. Semuanya manis bila dia ada bersama. Semalam tanggal 7 Januari 2013 kami jalan-jalan kat Muzium Sultan Abu Bakar on the way nak menghantar saya balik ke UMP Pekan. Tempat ni cantik dan salah satu feveret saya. Dan haruslah bergambar tiap kali ke sini. ^^

Mr S jadi mangsa karenah saya bergambar. ^^
Pakej 3 hari 2 malam saya di Gambang tak berapa menyeronokkan bila Mr S sibuk study untuk final paper. Untunglah dia first paper mula lambat. Sempat lagi dia pulang ke kampung. Dan masa untuk berdua mestilah digunakan sebaik-baiknya. Kadang-kadang Mr S menjadi seorang yang sangat sweet, kadang-kadang menjadi kaki buli yang terlampau. Ada aje idea dia nak mengusik saya. Apa-apa pun saya sayang dia sangat. *Maluu

Mr S yang ala-ala tuff + muncet. :p

Tuesday, December 25, 2012

dia !

Assalamualaikum w.b.t..


Semanis susu soya bila kita bersama. 


Tapi sekarang semuanya kosong.

Monday, December 24, 2012

ada apa dengan setia?

Assalamualaikum w.b.t..



Kenapa kesetiaan kita selalunya tak dihargai? Sangat sedih bila kita habis-habisan setia, tapi si dia ibarat pandang sebelah mata.

Kenapa kita sentiasa dibandingkan dengan ex si dia? Kalau ex si dia dah cukup baik, cukup sempurna, kenapa sanggup bermain kayu tiga dan tinggalkan si dia terkapai-kapai? 

Kenapa perlu simpan lagi kenangan jika kenangan itu hanya boleh mendatangkan masalah kepada kita? Sangat sedih bila kita dicari kesalahan demi menutup kesalahan diri si dia.

Saya sakit hati, terluka dan sedih bila kamu lakukan semua tu pada saya.

Wednesday, March 7, 2012

cemburu itu sakit!

Assalamualaikum w.b.t..

it hurts.  



Saya tak suka perasaan cemburu sebab ia sangat sakit. Camna nak buat yee.. Saya tak tahu nak buat apa. Saya hanya boleh luahkan kat sini. Saya cemburu tengok awak dengan dia. Betol, saya tak cakap pape. Tapi hati saya tak boleh tipu saya. Saya nak bagitau awak tapi saya takut. Hmmm..

Frust.

Saya harap awak tau..