Thursday, January 10, 2013

hari besar saye !

Assalamualaikum w.b.t...


Alhamdulillah hari ni genap 24 tahun saya bernafas di bumi Allah ni. Berjuta kali sayang kat mak dan arwah ayah yang membesarkan saya. Terima kasih abang kakak dan adik-adik yang tak lupa wish selamat kat saya. Jauh di mata tapi dekat di hati. Terima kasih kawan-kawan yang wish selamat dan ada juga yang hadiahkan benda-benda comel kat atas. Simple tapi sangat bermakna. Sangat-sangat appreciate. Sobbss..

Dalam gembira-gembira, terselit juga rasa sedih. Mr S buat endah tak endah je perasaan saya. Memang normal perempuan sukakan kejutan. Kejutan yang menggembirakan. Bukan selalu meminta, cuma ketika satu tarikh yang bermakna dalam hidup mereka. Bukan meminta sesuatu yang di luar kemampuan. Cuma mahukan dia lebih romantis. Memang saya banyak terpengaruh dengan drama-drama romantik, tak kira melayu atau korea. Dan juga novel-novel jiwang melayu. Tapi itu semua bukan di luar kemampuan dia. Bukan perlukan wang ringgit. Cuma perlu selami lagi hati kita sebagai seorang perempuan yang punyai jiwa yang halus dan lembut. (Okeh..melalut jiwang ni)

Tapi Mr S selalu berdolak dalih. Alasan dia, dia tidak ikhlas kalau buat sesuatu bukan diri dia. Dia harapkan saya berubah, tapi dia sendiri bermacam alasan untuk berubah. Memang dia sayangkan saya dan saya pun sayangkan dia. Tapi kadang-kadang saya rasa dia terlalu kebudakan. Semua benda nak dibuat bergurau. Tak salah nak bergurau, tapi biar kena pada cara, masa dan tempatnya. Kita dalam keadaan mood serius (bukan buat muka serius garang-garang tahu), si dia perlulah lebih serius tangani perasaan kita. Bukan dibuat main-main atau bergurau. Hmmm..perempuan hanya nak diberi lebih perhatian dan selami hati dia dalam-dalam. Bukan setakat tengok dan dengar apa yang mereka cakap. Tapi lelaki tidak pernah tahu atau saja buat-buat tak tahu hal ini. 

Okeh. Saya harap dia sedar dan berubah. Belum terlambat.

No comments: